KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM90,000 terhadap seorang bekas pembantu tadbir sebuah maktab yang didapati bersalah atas pertuduhan memperdagang bayi lelaki 13 bulan dan menggunakan dokumen palsu untuk mendaftarkan kelahiran bayi itu, empat tahun lepas.
Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas memutuskan pembelaan Nurul Faizan Ahmad Asri, 40, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Ketika membacakan penghakiman ringkasnya, Azura berkata terdapat pemindahan milikan antara ibu kandung bayi dan seorang saksi yang membuktikan inti pati kes di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
"Pembelaan tertuduh bahawa pemindahan milikan bayi tersebut bertujuan untuk membantu ibu kandungnya dan pemindahan tidak melibatkan wang ringgit hanyalah penafian semata-mata.
"Penafian tertuduh bahawa dia tidak mengetahui isi kandungan sampul surat yang mengandungi dokumen palsu untuk mendaftar kelahiran bayi itu juga adalah penafian semata-mata," katanya.
Nurul Faizan didakwa melakukan kesalahan itu di Hospital Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini pada 5 petang 5 Nov 2020 mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara minimum tiga tahun atau maksimum 20 tahun dan denda.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menggunakan Borang Daftar Kelahiran Jabatan Pendaftaran Negara palsu atas nama bayi itu di jabatan itu di Jalan Sri Hartamas 1 di sini pada 10.30 pagi, November 2020 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM80,000 atau penjara 24 bulan bagi kesalahan memperdagang bayi manakala bagi pertuduhan kedua, Nurul Faizan dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan.
Azura memerintahkan kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak bermula hari ini.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi namun menolak penangguhan pembayaran denda dan mengarahkan ia dibayar hari ini.
Seramai 13 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 1 Sept 2022.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Iznina Hanim Hashim dan Nadia Izhar manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Hafiz A Bakar dan Marisha Dianah Md Darus.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas memutuskan pembelaan Nurul Faizan Ahmad Asri, 40, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. - Gambar hiasan
[INFOGRAFIK] Demografi Malaysia Suku Tahun Pertama 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan demografi Malaysia pada suku tahun pertama 2024.
[TERKINI] KWSP terima 2.86 juta permohonan pindah ke Akaun Fleksibel
2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel membabitkan jumlah RM8.78 bilion.
484 calon SPM di Sabah peroleh keputusan cemerlang
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Sadin dalam satu kenyataan memaklumkan, ini peningkatan 140 calon yang memperoleh keputusan cemerlang berbanding 344 calon pada tahun 2022.
RM1 juta diperuntuk bagi pengamal media dalami latihan teknologi AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM1 juta diperuntukan khusus untuk pengamal media mendalami teknologi AI.
Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Jual bayi: Bekas pembantu tadbir dihukum penjara lima tahun, denda RM90,000
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM90,000 terhadap seorang wanita yang didapati bersalah memperdagang bayi lelaki.